Monday, 14 September 2015

W.A.N.I.T.A

#cabarankbj
#wanita
#cabaran4/20

Apabila seseorang lelaki berhasrat untuk berkahwin hendaklah dia mengambil kira empat perkara seperti yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda: 

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."

Islam begitu memberi penekanan kepada orang lelaki jika mahu memilih seorang wanita untuk dijadikan isteri. Secara umumnya wanita yang mempunyai pegangan agama yang kukuh kelak berupaya menjadi pertimbangan kepadanya dalam pelbagai urusan kehidupan terutama hal ehwal rumahtangga.

Kepada wanita yang bercadang untuk mengakhiri zaman bujang, janganlah memberatkan pasangan anda dengan wang hantaran yang melampau-lampau. Cukuplah sekadar mengikut kemampuan pasangan anda atau kata yang lebih mudah; 'ukur baju dibadan pasangan'...kikiki...

Hakikatnya pemberian wajib ke atas wanita adalah mas kahwin seperti yang termaktub dalam Al-quran.

"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian wajib. Kemudian, jika mereka memberikan kepada kamu dengan suka hatinya sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya". (Surah An-Nisa 4:4)

Petikan surah di atas membuktikan bahawa wanita adalah dimuliakan oleh Allah s.w.t dan melihat betapa agama Islam benar-benar menjaga kebajikan seorang muslimah.

Sekiranya seseorang wanita ingin memberi khidmat yang terbaik kepada bakal suami, perlulah wanita tersebut membuat persediaan terhadap dirinya sendiri. Seperti menjaga akhlak, menjaga kesihatan luar dalam dan belajar menjadi lebih penyayang dan mendidik hati untuk lebih tabah.

Nabi s.a.w bersabda "Nikahilah kalian oleh wanita yang penyayang lagi subur kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari kiamat". (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Al-Khatib Al-Baghdaadi).

Jika selepas berkahwin, wanita tersebut ditakdirkan menjadi surirumah walaupun mempunyai ijazah, master mahupun pernah mendapat ribuan ringgit dari duit gaji. Jangan pernah merasa kerdil atau kecil hati, jangan pula membuat tanggapan anda tidak berwawasan, kolot dan tidak mengenang jasa ibu bapa. Adalah menjadi fitrah wanita di dalam Islam, tempat yang terbaik untuknya adalah di rumah suami untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjadi menteri hal ehwal rumahtangga termasuk anak-anaknya.

Pada masa kini, di zaman teknologi..duit kini cuma dihujung jari. Wanita cuma perlu bijak mengambil peluang untuk bekerja dari rumah sahaja. Contoh, macam makcik..makcik buat Shaklee guna blog, guna fb, Ig, weChat dan whatApp. Tak perlu keluar p ketuk-ketuk pintu jual produk. Jadi? Anda W.A.N.I.T.A juga hebat! Alhamdulillah.

Halessa Shahrom|884158|0173099334

Google+ Followers