Saturday, 12 September 2015

Makanan

#cabaranKBJ
#makanan
#cabaran2/20

Bismillahhirrahmanirrahim. Jemput makan puding karamel ya...hihihi.

Al kisah untuk harini. Masa makcik tengah sarapan tadi, rezeki pun datang bergolek. Apa tak nya..tengah dok sarapan, kawan telefon nak datang bagi puding karamel. Dia memang tahu makcik suka sangat dengan puding karamel sebab makcik pernah bercerita dalam FB. (Alertkan kawan makcik tu).

Terima kasih sebab sudi bagi puding karamel tu dear! (Kartini Wheeler). Ni makcik sempat la snap pic puding yang Tini bagi tu.
www.ihhi.my
Puding Karamel daripada Kartini Wheeler
Disebabkan hati ni berbunga-bunga dapat makan puding karamel, maka makcik pun nak share resepi Puding Karamel yang sedap dan Berkhasiat untuk semua pembaca.

Resepi Puding Karamel MealShake Shaklee

Bahan-bahan:

Bahan untuk puding:
Susu Segar (400ml)
Meal Shake Shaklee (2 sudu besar)
Gula Halus (5 sudu besar)
Telur (3 biji)
Kuning Telur (2 biji)
Esen Vanila (3 titik)
*Aluminium Foil

Bahan untuk karamel:
Gula (5 sudu besar)
Air (2 sudu besar)

Cara buat karamel:
  • Masak 1 sudu air dan gula ke dalam periuk dengan api sederhana
  • Masak hingga sedikit perang kemudian masukkan lagi 1 sudu air. Kacau hingga perang
  • Dengan cepat masukkan gula perang ke dalam loyang yang telah disapu mentega
  • Gula perang akan cepat keras jadi kena pantas ratakan gula perang dalam loyang

Cara buat puding:
  • Masukkan 3 biji telur, 2 biji kuning telur dan 2 sudu MealShake ke dalam satu bekas
  • Kacau perlahan supaya tidak berbuih. Kacau hingga telur + mealshake sebati 
  • Panaskan susu segar bersama 3 titik esen vanila ke dalam periuk. JANGAN sampai mendidih
  • Setelah agak panas, masukkan susu dan esen vanila tadi ke dalam bekas telur yang telah dikacau sebati
  • Pastikan (susu + esen vanila + telur +  mealshake = kacau sebati)
  • Tuang semua bahan ke dalam loyang yang ada karamel
  • Tutup loyang dengan aluminium Foil
  • Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
  • Cukup masa, tutup api angkat ke tepi dan JANGAN buka aluminium foil lagi
  • Biarkan selama 10-15 minit, buka aluminium foil dan simpan puding karamel dalam peti sejuk
  • Selepas 2 jam, keluarkan dari peti sejuk 
  • Terbalikkan puding karamel ke dalam pinggan rata dan boleh dihidangkan

Kenapa makcik masukkan MealShake Shaklee ke dalam puding karamel ni... sebab MealShake adalah pemakanan lengkap dan berkhasiat yang berperisa vanila. Ia sangatlah sesuai terutama untuk anak-anak yang picky eater malah boleh juga menjadi hidangan segera untuk seisi keluarga.

MealShake Shaklee membekalkan protin yang tidak mengandungi laktosa, lengkap dengan 24 jenis vitamin A-Z, mineral, asid folik, biotin, kalsium dan magnesium. Nampak tak nutrisi lengkap dalam MealShake tu?

Bagi pembaca yang ada MealShake boleh masukkan sekali, kalau tak dak..tak payah susah payah yer ;)

Moga pembaca sudilah cuba resepi makcik bagi tu ek.. sekian, 

Salam Sayang dari Makcik ;)

Halessa Shahrom|884158|0173099334

Google+ Followers