Saturday, 12 September 2015

Pokok

#cabaranKBJ
#pokok
#cabaran3/20


"Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi", Dr. Forrest Shaklee.


Kenyataan di atas telah digunakan oleh syarikat Shaklee lebih daripada 50 abad yang lepas dan kini terus menerajui teladan dalam memulihara alam sekitar.

Shaklee sangat aktif dalam isu pemanasan global sejak 1986 dengan membiayai projek penyelidikan penjelajahan Trans-Antartika yang diketuai oleh Will Steger untuk mengukur kesan pemanasan global pada puncak ais. Kemudian meneruskan projek penyelidikan dalam mengukur pecutan meleburkan puncak ais pada tahun 1989 dan 1996.

Pada tahun yang sama juga iaitu pada 1989 Shaklee membantu Yayasan Sir Edmund Hillary's American Himalayan menanam satu juta pokok di Nepal.


*Pada tahun 2004, Dr Wangari Muta Maathai telah memenangi pingat nobel Peace. Beliau telah bekerja dalam Penjagaan Alam Sekitar dan Pembangunan Masyarakat di Kenya selama lebih 25 tahun dan merupakan pengasas Green Belt Movement iaitu organisasi bukan kerajaan.

Pada Hari Bumi 2006, Shaklee telah melancarkan Kempen Persekitaran Sejagat dengan tema "Satu Juta Pokok, Satu Juta Impian" pada ulang tahun ke 50 tahun Shaklee. Sebagai penghormatan, Shaklee bersama Dr Wangari dan organisasinya menjalankan kempen merentasi United State - Kanada mengadakan upacara menanam pokok terancang dalam komuniti tempatan sebanyak satu juta pokok. Shaklee turut menderma $100,000 untuk Pergerakan Kawasan Hijau bagi penanaman satu juta pokok di Kenya.

Pada Hari Bumi 2009, CEO Shaklee, Roger Barnett meneruskan perjuangan bersama Dr Wangari Muta Maathai dan California Governor; Arnord Schwarzenegger melancarkan Kempen Menanam Satu Juta Pokok di Shaklee Home Office, Pleasanton, California.

www.ihhi.my
Di kawasan ini lah Roger Barnett menanam pokok pertama dan
yang ke satu juta dalam projek " One Million Trees". 'kredit pic'
Di Shaklee Home Office juga terdapat banyak keunikan yang mesra alam seperti bahan kayu dan pintu adalah dari hutan mampan. Tanaman lanskap terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat dalam produk Shaklee. Penghadap tingkap dikawal oleh sensor elektrik bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi dalaman dan menapis kepanasan.

Jadi, sudah terang lagi nyata bahawa Shaklee itu sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan.

Sekian cerita POKOK dari makcik untuk pembaca..

Halessa Shahrom|884158|0173099334

Google+ Followers