Tuesday, 2 September 2014

Promosi September..cantik dan sihat selalu ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca di blog saya. Selamat datang bulan September dan Salam kemerdekaan buat anda semua.


Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa bulan ini terdapat 2 promosi daripada Shaklee. Ia adalah promosi Kolagen dan Mealshake.



》Kolagen Shaklee (beli 6 kotak percuma 1 kotak)

》MealShake (beli 3 percuma 1 - Sept hingga Okt)


Selama saya consume Shaklee, inilah kali pertama promosi sebegini berlangsung. Pada saya ia amat berbaloi kerana kita diberi pilihan untuk memilih produk yang kita perlukan pada satu-satu masa..ataupun kita berkesempatan memiliki kedua-dua produk dalam masa yang sama dengan harga yang amat istimewa terutama yang menjadi ahli.



Mungkin baru-baru ini kita banyak melihat dan membaca tentang isu Shaklee bersekongkol dengan Israel dan ada segelintir masyarakat yang telah memboikot jenama Shaklee tetapi saya secara peribadi amat yakin dengan jenama ini kerana saya sendiri telah menggunakan dan merasai kebaikan dan keberkesanannya.



Saya juga telah berkongsi setiap kebaikan yang saya rasai kepada ibubapa, adik - beradik, saudara - mara dan kawan - kawan. Bahkan saya rasa sangat seronok apabila 3 daripada 5 pengguna produk GLA Kompleks (masa promosi GLA Komplex thn lepas) telah memaklumkan berita gembira bahawa mereka telah mengandung selepas hampir sebulan pengambilan GLA tersebut. Kini mereka juga dapat merasai kegembiraan tersebut dengan kelahiran cahaya mata yang mereka tunggu-tunggu tu.



Esok saya akan sambung celoteh saya dalam entry yang lain..dan dalam mood berkolagen pulak ;)


Saya bangga jadi keluarga MamaFaiz dan Jutawan,
#JutawanShaklee#ShakleeEffect







Google+ Followers