Monday, 16 June 2014

Solat Tiang Agama

Sudahkan kita bersyukur kepada Allah pada hari ini dengan mengerjakan SOLAT yang diperintahkan olehNya? Jika seharian kita asyik dengan kerja tetapi terlalu kurang mengingati Allah, nescaya hidup kita akan lebih sibuk dengan urusan dunia yang tidak ke mana. 

Ingatlah, apabila kita mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah akan lebih dekat kepada kita. Janganlah kita terlalu mengikut arus dunia yang semakin melupakan penciptaNya hanya kerana mengejar impian dunia yang tidak seberapa.



Sebagai manusia yang banyak kekurangan dan kelemahan, marilah kita sama-sama memperbaiki diri dengan lebih banyak beristighfar dan mengucap zikir daripada berkata perkara yang sia-sia. Yakinlah dengan rezeki Allah dan kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk mencapai impian dunia dan akhirat kerana Allah telah memudahkan jalan itu atas ihsannya. 

Setiap kali usai solat, amalkanlah:
Istighfar 33x
Selawat 100x
Al-fatihah 20x

InsyaAllah...Allah permudahkan urusan hambaNya pada hari itu ;)


017-3099334


Google+ Followers