Monday, 9 June 2014

Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki


Saya masih dalam mood vitamin E... tapi kali ni saya suka nak share peranan vitamin E terhadap golongan lelaki. Saya beranggapan masih ada lelaki yang mementingkan kesihatan diri terutama kesihatan dalaman tetapi biasa la kan.. lelaki.. kena tunjuk macho.. segan la nak bagitau pasal kesihatan dalaman pada orang lain kan ;) Jadi, di sini mungkin anda..pembaca lelaki boleh dapatkan info tentang kehebatan vitamin E kepada tubuh anda.

Sebelum anda meneruskan pembacaan, ingin saya ulang berkali-kali walaupun pada post sebelum ini saya dah maklumkan apa itu vitamin E.

Vitamin E semulajadi dikenali sebagai d-Alpha tocoferol iaitu suatu antioksida yang melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oleh radikal bebas. Ia bersifat larut lemak dan tidak mampu dihasilkan oleh tubuh.


Dalam vitamin E Shaklee terdapat selenium dan ekstrak biji anggur. Kedua-dua bahan ini mempunyai peranan tersendiri dalam vitamin E. Selenium bersifat sinergistik dan jika diserap bersama ia membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan. Manakala ekstrak biji anggur mengandungi polifenol yang mempunyai kuasa antioksidan yang amat berkesan dalam mengatasi masalah kanser dan amat baik untuk awet muda.

Selain membantu penyerapan, selenium diperlukan untuk penghasilan Gluthathione Peroxidase yang merupakan antioksidan utama di dalam setiap sel tubuh. Vitamin E dan selenium membantu kesuburan lelaki. Lelaki memerlukan lebih selenium berbanding wanita kerana lelaki akan kehilangan selenium melalui pengeluaran air mani. Seterusnya, ia membantu meningkatkan penghasilan sperma yang berkualiti dan membantu sperma bergerak pantas ke ovum dengan cepat.

Ekstrak biji anggur di dalam vitamin E pula bertindak menyingkirkan radikal bebas dan dan menguatkan sistem imun badan. Ia juga membantu mencegah masalah kelenjar prostat, menurunkan paras kolesterol dan menghalang pembentukan darah beku.



Kebanyakan lelaki yang mengambil vitamin E secara konsisten dalam tempoh seminggu akan mempunyai lebih tenaga seksual dalam menikmati hubungan suami isteri, libido lebih kuat dan mendapati pengeluaran air mani meningkat. Nitrik oksida membantu pelancaran darah pada alat sulit lelaki justeru membantu ereksi yang lebih baik.



 Antioksidan yang seimbang di dalam vitamin E telah bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Oleh itu, lelaki yang mengamalkan pengambilan vitamin E akan merasai kurang tekanan dalam kehidupan seharian.

FB: Halessa Shahrom
Fon/ WhatsApp: 017-3099334
ID Shaklee: 884158

Google+ Followers