Monday, 16 June 2014

Gejala Kekurangan Vitamin E

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun kepada warga tua. Sekiranya tubuh kekurangan vitamin E dalam tempoh yang lama, ia akan menyebabkan gangguan pada sistem saraf.

Jika kadar vitamin E yang diperlukan oleh tubuh adalah rendah daripada yang sepatutnya maka, sel darah merah akan rosak dan berkemungkinan akan terbelah. Proses ini disebut Hemolisis Eritrosit. Kekurangan ini akan menyebabkan kerosakan saraf pada tulang belakang dan juga retina mata. 


Sekiranya ada tanda-tanda seperti ini pada tubuh anda, ini bermakna anda perlu mendapatkan vitamin E daripada makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan biji-bijian atau mengambil terus suplimen vitamin E kerana tubuh tidak mampu menghasilkan vitamin E.

Jadi, pastikan tubuh anda mendapat vitamin E secukupnya kerana ia membantu anda kelihatan awet muda dan mendapat lebih tenaga seksual dalam menikmati hubungan suami isteri.

017-3099334
ID Shaklee: 884158

Google+ Followers