Saturday, 1 March 2014

Ibu Hamil dan Set Kehamilan Shaklee

Adakah anda pertama kali hamil dan bakal menjadi ibu atau anda pernah hamil tapi belum pernah mencuba suplimen untuk kesihatan semasa hamil dan selepas kelahiran. Bagi anda yang pertama kali hamil, mesti mempunyai banyak persoalan tentang kehamilan, kerisauan tentang kandungan dan perancangan untuk bayi yang akan lahir. Begitulah perasaan bakal seorang ibu..yang merasakan bertanggungjawab terhadap bayi anda. Namun tahukan anda perkara pertama yang perlu anda lakukan setelah anda tahu yang anda bakal bergelar IBU? Mari saya beri sedikit info untuk anda..

1. Membuat Buku Merah
Sebenarnya buku ini adalah berwarna pink tetapi memang menjadi tradisi bagi jururawat Klinik Kesihatan menggelar "buku merah" kepada ibu hamil. Buku ini adalah untuk merekod tahap kesihatan ibu semasa hamil. Buku ini penting untuk rujukan pihak klinik dan hospital untuk melihat perkembangan kesihatan ibu dan bakal bayi yang lahir. Oleh itu, bila anda tahu anda telah hamil, lekas-lekas ke Klinik Kesihatan untuk membuat "buku merah" ini.

2. Banyakkan Membaca
Mendapatkan sebanyak mungkin info-info tentang kesihatan anda semasa hamil dan mengenalpasti perubahan tubuh badan dan kandungan anda. Anda perlu tahu ada tiga tempoh yang perlua anda lalui, iaitu; Trimester Pertama (kandungan 1-3 bulan), Trimester Kedua (kandungan 4-6 bulan) dan Trimester ketiga (7-9 bulan atau hingga 40minggu). 

3. Memilih Suplimen
Apabila anda disahkan hamil, anda perlu tahu apa suplimen yang anda perlukan selama tempoh kehamilan untuk menyokong kesihatan anda dan bayi di dalam kandungan. Sebenarnya jika anda menerima rawatan di klinik kesihatan, anda akan mendapat ubat dan vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan mahupun hospital. Namun, kebanyakan bakal ibu pada hari ini lebih gemar mencari suplimen yang terbaik untuk mereka dan bakal bayi.

Tahukah anda badan kita ketika hamil akan berubah samada dari segi hormon ataupun fizikal. Seperti gambar di bawah, 

Secara tidak sedar, badan kita akan mengalami beban berat yang semakin meningkat mengikut usia kehamilan, Hormon badan akan jadi tidak stabil (mood akan berubah-ubah), Hemoglobin darah akan meningkat, nutrien kita akan hilang dengan cepat kerana telah menyerap kepada bayi dalam kandungan dan yang paling ketara adalah berat badan kita akan bertambah. Oleh kerana faktor-faktor inilah, anda tidak boleh mengharapkan ubat dan vitamin daripada pihak hospital dan klinik sahaja kerana tubuh kita benar-benar memerlukan vitamin yang boleh menyokong kehamilan terutama bagi mereka yang bekerjaya.


Set Hamil Shaklee


Trimester Pertama:

1. Vita-Lea
Vita-Lea adalah penting untuk pertumbuhan dan kemampuan reproduksi yang mana ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal. 
* Sekiranya anda mengambil Vita-Lea maka obimin tidak perlu di makan lagi.


2. B-Complex (Asid Folic) 
Mengandungi 8 jenis vitamin B lengkap dan mampu menggalakkan kesihatan kardiovaskular. 
* Tidak perlu lagi mengambil asid Folik yang dibekalkan oleh pihak hospital/ klinik kerana B-Complex ini telah diformulakan bersama asid folik.


3. Vitamin C
Ianya penting untuk pembinaan kolagen dan membantu dalam pembinaan tulang rawan, tulang fetus dan juga otot-otot. Pengambilan sebiji vitamin C sehari mampu mengurangkan regangan pada kulit terutama apabila perut semakin membesar.



4. OsteMatrix
Pengambilan OsteMatrix amat disarankan bagi ibu hamil yang kerap sembelit. Ia juga membantu mengurangkan kembung perut, retensi air, kemurungan dan kekejangan. Ia juga berfungsi memelihara kesihatan tulang.
* Ibu Hamil memerlukan kalsium sebanyak 1000mg - 1200mg sehari

Trimester Kedua - Ketiga
Anda perlu menambah Omega untuk melengkapkan set kehamilan ini.

5. Omega Guard
Omega Guard mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi dan turut membantu perkembangan fungsi otak bayi dan ibu hamil.



6. ESP (Add On)
ESP merupakan protein yang diperlukan tubuh anda untuk menghasilkan sel-sel baru. Ia adalah produk yang sangat laris kerana ia telah terbukti keberkesanannya melalui kajian dan testimoni pengguna. ESP boleh diambil seawal kandungan anda hingga habis berpantang.



Apa yang tertera di atas adalah set lengkap ibu hamil. Anda juga boleh memilih mana-mana suplimen mengikut kemampuan dan keperluan untuk kesihatan anda dan kandungan. Setiap set mengandungi kelebihan masing-masing dan ianya bagus kerana mempunyai nutrisi lengkap sepanjang tempoh kehamilan anda.


Anda risau dengan harga yang terpapar? Anda mahukan DISKAUN? Saya sedia membantu anda agar anda juga dapat merasai kebaikan dan keistimewaan dari produk Shaklee. Anda tidak perlu risau tentang keHALALan produk ini kerana anda boleh rujuk SIJIL HALAL yang telah disahkan. Anda juga perlu tahu bahawa Shaklee sememangnya sentiasa semulajadi, sentiasa selamat dan sentiasa berkesan.

Halessa Shahrom
Sid: 884158
Fon/ Sms/ Wasep: 017-3099334
Fb: halessa shahrom

Google+ Followers