Saturday, 1 March 2014

Ibu Hamil dan Morning Sickness

Apa itu 'Morning Sickness'..? Ia merupakan alahan (loya/ mual/ muntah) seawal usia kehamilan. Namun ada di antara mereka yang menghidap alahan sehingga kandungan mencecah 4-6 bulan. Alahan ini bukan sekadar di pagi hari malah ada yang terpaksa menanggungnya sepanjang hari dan jika alahan ini sangat teruk, kemungkinan terpaksa berumah di hospital ;)

Perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau mampu menimbulkan rasa loya dan mual. Namun pakar perubatan juga tidak dapat mengesahkan penyebab sebenar alahan ini. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau sekiranya anda mengikuti sedikit TIPS menangani 'Morning Sickness'

>> Sekiranya mengalami alahan sebaik bangun daripada tidur, ambil langkah '30 x 3'. Apabila terjaga jangan terus bangun, buat kiraan 30 saat dan kemudian baru duduk. Apabila duduk, jangan terus berdiri tetapi buat lagi kiraan 30 saat selepas itu baru berdiri. Dalam tempoh berdiri pula, buat kiraan 30 saat sebelum anda berjalan. Jika anda benar-benar terasa mual ketika ini..sediakan biskut ranggup berdekatan anda kerana biskut ranggup membantu mengurangkan rasa tersebut.

>> Halia dan peppermint juga boleh membantu anda mengurangkan rasa mual/ loya. Anda boleh mencuba minuman seperti teh ataupun makanan berperasa halia dan peppermint. Mudah-mudahan ia membantu anda menghilangkan alahan tersebut.


>>  Sekiranya anda kerap mengalami muntah, kemungkinan besar badan anda akan mengalami dehidrasi. Oleh itu anda perlu minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi. Adalah dilarang sama sekali untuk meminum air berkarbonat  atau berkafein kerana ia akan memburukkan lagi alahan anda.

>> Jika anda terasa ingin makan, ambillah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jika anda mengambil banyak makanan dalam satu hidangan ini akan menambahkan lagi rasa mual anda. Memandangkan ibu hamil memerlukan tambahan kalori sehingga 300-500 kalori sehari, maka anda perlu lebih kerap makan tetapi elakkan pengambilan makanan pedas, berminyak, berempah, berlemak dan tinggi kandungan asid.

>> Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dibarat mendapati vitamin B6 sangat efektif dalam mengurangkan rasa mual. Selalunya vitamin B6 terdapat dalam multivitamin.

>> Ada juga ibu hamil yang tidak boleh bau masakan, oleh itu elakkan memasak atau pastikan pengudaraan di dapur ketika masak berada dalam keadaan baik seperti menggunakan 'ekzosFan' dan membuka tingkap atau pintu.

>> Sekiranya paras gula dalam darah adalah normal ia dapat membantu anda mengatasi rasa mual. Jadi, pastikan sebelum tidur anda mengambil makanan yang tinggi protein agar pagi anda lebih mudah diharungi ;)

Jika anda masih tercari-cari suplimen yang boleh membantu anda ketika alahan, saya sedia membantu memberi konsultasi percuma kepada anda.

No Fon/ sms/ wasep: 017-3099334
Shaklee Id: 884158

Google+ Followers