Thursday, 16 January 2014

Bantulah Proses Penghadaman Anda

Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan agar umatnya "makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang". Agak-agak kenapa pemimpin kita yang agung pesan mcm tu? yang dah biasa makan tunggu lapar dan berenti bila nak muntah, ramai la kan..kui..kui..kui..bila kita nak makan tunggu lapar..mestilah penyakit gastrik bertandang..kan? selagi sedap..selagi ada makanan tu..selagi tu telan..sampai dah sendat perut tu..baru nak berenti..yang ni..compom-compom la pastu korang akan rasa berat mata la..malas la..dan semua alasan mesti yang negatif..kan? Jadi..mudah..jelas..apa yang nabi suruh tu kita buat jer la..

Lagi satu..Nabi Muhammad S.A.W pun ingatkan umatnya bila time makan, "nak kunyah tu biar sebanyak 44 kali." Cer korang kenangkan time korang makan..ada cukup 44 kali kunyah? ke sumbat telan..sumbat telan jer..tau tak, kalo kita makan 4-5 kali kunyah jer, pastu telan..memang kita akan makan banyak ditambah lak selang seli minum air..memang kembong la perut pastu. Dah sebulan mcm tu korang merungut berat naik..apa tak nyer..korang tak perasan yang korang makan dah banyak dek kerana kesilapan cara kunyahan tu. Jika kita makan sehingga hancur lumat, ia akan membantu dalam proses penghadaman sekaligus memudahkan nutrisi dan zat-zat makanan menyerap ke dalam tubuh kita. 


Ingin saya tokok lagi, Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubat." (H.R Muslim). Daripada hadith ni pun dah terang-terang dinyatakan penyakit datangnya dari perut..no wonderlah kalo badan korang berbau disebabkan pencernaan korang tak sempurna. Mesti korang paling tak suka bila mulut berbau, ketiak tengik dan kaki kepam. Sure macam-macam aksi korang bole buat bila aroma bau-bauan ni berada di sekeliling korang kan. 

Jom sudahkan baca entry pasal proses penghadaman korang. Bagi korang yang gemar dan kerap makan makanan ni (daging/ telur/ ikan/ kekacang) dan makan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan bau badan yang busuk. Kepada korang yang jenis addicted minum kopi dan minuman berkafein, makan makanan berempah yang yang mengandungi kuantiti bawang yang berlebihan terutamanya bawang putih akan menyebabkan ketiak korang cepat berbau bila perpeluhan berlaku.

Kita di anugerahkan dua jenis kelenjar yang menghasilkan peluh. Ia adalah Kelenjar Eccrine dan kelenjar Apocrine. Apa tu Kelenjar Eccrine? Kelenjar ini berfungsi untuk membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit dan ia mengawal suhu badan kita. Sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana ia akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pulak merembeskan cecair yang agak likat, agak keruh dan menimbulkan masalah jika ia lebih banyak daripada kelenjar eccrine. Kelenjar Apocrine ada pada bahagian alat sulit dan ketiak. Pada bahagian ini, bakteria lebih mudah memecah masuk protein dalam rembesan peluh. Apabila bakteria memasuki protein ia menyebabkan ketiak, alat sulit dan kaki (ibu jari kaki yang berbulu) mengeluarkan bau yang tak best tu.

Perasan dak, apa yang Nabi Muhammad S.A.W pesan semua tu adahubung-kaitnya. Jadi tak rugi kita semua ikut sunnah Nabi tu. Badan sihat, bersih dan segar bila kita membantu proses penghadaman kita. 
Tapiii..
Kalo korang masih dan sedang mengalami masalah badan berbau, cubalah ambil suplimen yang ada kandungan Dicalcium Phosphate kerana bahan tu membantu menghilangkan bau badan. Korang juga boleh cuba Alfalfa Complex



fb: Halessa Shahrom
sid@884158
sms/ wasep: 017-3099334

Google+ Followers