Shaklee Independet Distributer

Anda akan mendapat konsultasi percuma selepas pembelian produk beserta jadual pengambilan suplimen.l Halessa l ID: 884158 l hihitrackcare@gmail.com 017-3099334

Shaklee Independet Distributer

Anda akan mendapat konsultasi percuma selepas pembelian produk berserta jadual pengambilan suplimen.l Halessa l ID: 884158 l hihitrackcare@gmail.com 017-3099334

Shaklee Independet Distributer

Anda akan mendapat konsultasi percuma selepas pembelian produk beserta jadual pengambilan suplimen.l Halessa l ID: 884158 l hihitrackcare@gmail.com 017-3099334

Shaklee Independet Distributer

Anda akan mendapat konsultasi percuma selepas pembelian produk beserta jadual pengambilan suplimen.l Halessa l ID: 884158 l hihitrackcare@gmail.com 017-3099334

Advetise Here

Email me at: hihitrackcare@gmail.com

Advetise Here

Email me at: hihitrackcare@gmail.com

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Advetise Here

Email me at: hihitrackcare@gmail.com

Tuesday, 3 September 2013

Bawang Putih bersama Allician Aktif

Perghhh...baca tajuk pun dah risau...yer tak? Jom baca lagi...Bawang putih dan Allician Aktif...apakah...??? Ramai pembaca yang tahu apa itu bawang putih atau G A R L I C...tapi...Allician Aktif tu mesti ramai yang blur-blur...huhuhu...Sekiranya anda ada mengambil suplimen garlic, cuba anda semak botol tu..ada tak mention Allician Aktif...(sebab tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allician Aktif) 

tapi...aper tu Allician aktif...ia sebenarnya adalah makrobiologi aktif dalam bawang putih ni. Komponen ni mengandungi anti-hypertensi, anti-kanser, anti-pembekuan darah, mengurangkan kolesterol, anti- fungus dan anti-bakteria yang membantu dlam mempertingkatkan imunisasi tubuh manusia.

Kajian makmal menunjukkan allician aktif mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam:
  • Membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol
  • menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting

Kajian menunjukkan bahawa bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol apabila diambil sebagai sebahagian diet seharian.

Sekiranya anda ingin mencuba garlic ni, mari baca Manfaat nyer terlebih dahulu..
  • Ia merupakan Antibiotik yang selamat dan semulajadi - Berfungsi meningkatkan imun tubuh, menghalang selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Ia menghalang Alergi - Mempertingkatka imun kepada penghidap sinus, hidung sensitif, alergi, asthama, selesema dan hepatitis
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - formula unik membantu dalam masalah kembung perut, gastrik, ketidakhadaman dan menghalang ulser gastrik
  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Detoks - Garlic mampu mengeluarkan logam toksik (raksa, plumbum dan kadmium) dari tubuh dengan pantas. logam toksik sebenarnya akan menaikkan tekanan darah dalam tubuh. Ia juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia
  • Menurunkan Kolesterol dan Darah Tinggi - mampu mengurangkan bekuan darah, melindungi jantung dan menghalang strok
  • Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos dalam tubuh
  • Mencegah kanser - Dengan mengurangkan bahan pencetus kanser (Nitrosamine) mampu mengelak dan merawat kanser

Perbezaan Shaklee:
  • Dibuat dari bawang putih jenis premium
  • Bebas dari racun perosak
  • Ditanam secara organik di California semasa musim panas
  • Dihasilkan secara eksklusif - Mengekalkan 100% Allician Aktif melalui suhu bilik tanpa haba
  • Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garli segar
  • Mengandungi pelbagai vitamin E - Meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanan di dalam tubuh 
  • Hasil kajian gabungan kaedah kesihatan dan antioksidan - Perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint)
Jadi..aper tunggu lagi..buatlah pilihan bijak untuk kesihatan anda seisi keluarga..pastikan ianya mempunyai 100% pengekalan Allician aktif.

Sebarang konsultasi, pertanyaan, pesanan produk..boleh cari saya di FB: Halessa Shahrom atau hubungi terus...017-3099334

Vitamin kunyah dengan tambahan Bioflavanoid

Mengapa kita perlukan vitamin C dalam kehidupan seharian. Saya pasti dan anda semua sedia maklum bahawa sifat vitamin C adalah larut air...seperti post saya sebelum ini tentang vitamin C. Pendedahan buah-buahan yang telah dipotong dan terdedah terlalu lama pada udara akan mengurangkan vitamin C. Begitu juga buah yang tidak ranum dan sayur-sayuran yang layu mengandungi vitamin C yang sedikit dan akan musnah apabila terdedah pada suhu yang tinggi. Sensitifnya vitamin C apabila ianya mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Sebagai contoh, perokok yang merokok sekotak sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh. Jika anda mengalami stress atau tekanan ia turut akam memusnahkan vitamin C tersebut.

Shaklee bukan sahaja mengeluarkan sustained released Vitamin C 500mg tetapi juga ada Vitamin C Chewable 100mg. Chewable Vit C 100mg telah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan Bioflavanoid yang menjadikan ia vitamin C paling lengkap di pasaran dan kini namanya juga telah diganti dengan Chewable Vita C Plus.

Mengapa ada perkataan chew..ia dihasilkan dengan gram yang rendah..iaitu100mg. Mengapa 100mg jer..sebab ia memang dihasilkan untuk dikunyah atau dikemam begitu sahaja. Vitamin C ni bukan sahaja dihasilkan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun sahaja tetapi orang dewasa yang tidak suka menelan vitamin C 500mg yang gedabak tu pun boleh menikmati Chewable 100mg ni.

Saya juga telah berkongsi vitamin C chewable ni dangan anak saya. Pengalaman menikmatinya boleh digambarkan kepada anda..ianya tidak pahit dan terlalu masam seperti Vitamin C 500mg tu..ia sekadar masam-masam manis. Jika kanak-kanak, kita beri 1-2 biji sehari sudah mencukupi tetapi jika orang dewasa perlu mengambil 3-5biji sehari. 1 biji chewable vita C ni bersamaan 1/2 biji oren (100mg). Ia juga selamat diberi kepada kanak-kanak 4 tahun ke atas kerana rasa oren semulajadi, tiada bahan pengawet tambahan, perasa, pemanis atau pewarna tiruan. paling penting ianya memelihara antioksidan semulajadi di dalam tubuh.

Jika anak anda kerap demam, selesema, bersin, kudis senang jadi, luka lambat sembuh, sentiasa terdedah dengan asap rokok dan cepat stress..anda sebagai penjaga perlu sensitif terhadap kesihatannya dan pastikan anak anda cukup menerima vitamin C sehari kerana ia membantu meningkatkan antibodi agar sistem imun lebih kukuh untuk melawan segala gejala yang saya sebutkan sebentar tadi.

Jika anda risau Chewable Vita C ni mahal..anda salah! kerana sebotol tak sampai pun rm50..Jika anda tidak percaya, boleh PM saya di FB: Halessa Shahrom atau hubungi saya terus di talian 017-3099334.

Halessa - Millionaire to be

Tukar Oat kepada Fiber Plan

Anda dah jemu makan oat..ingin bertukar selera. Anda boleh mencuba Fiber Plan kerana anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Dengan Shaklee anda tidak perlu risau kerana ia memang semulajadi, berkesan dan selamat..serta dijamin halal ;)


jom baca apa kelebihan yang ada pada Fiber Plan;

>> Fiber Plan mudah larut di dalam air dan kekal sebati. 
Oleh sebab itu ia memberi rasa kenyang yang lama dan sesuai untuk mereka yang mahukan diet sihat

>> Fiber Plan mengandungi campuran proprietari empat serat larut semulajadi. 
Oleh itu, ia mampu mengelakkan sembelit yang menyebabkan buasir

>> Fiber Plan dirumus dengan sekam benih psilium yang menyekat dan menyingkirkan toksin.
Oleh sebab itu, ia mampu mengurangkan paras kolesterol, menyerap lebihan asid urik bagi pesakit gout dan mengurangkan paras gula bagi penghidap diabetes

>> Fiber Plan sangat kaya dengan vitamin C.
Oleh itu, ia menggalakkan bakteria baik di dalam usus besar dan mengeluarkan keracunan dari badan seperti toksik dan bahan kimia yang lain.

jika anda perlukan maklumat lanjut, bole PM saya di FB: Halessa Shahrom atau col, sms dan wasep: 017-3099334.

Halessa - Millionaire to be

Monday, 2 September 2013

Usus bersih...Jantung sihat

Buncit...???!!!seram makkk...dah tak tahu nak buat aper...susah lak tu nak membuang...macam-macam dah cuba...tp kental sangat bahan2 dalam kolon ni...

Biasakan dengar keluhan macam tu..jika anda mahu perut kempis, badan sihat..jom saya kenalkan anda dengan Fiber Plan Shaklee.Kenapa Fiber...? jika bahasa mudah paham..ia ibarat mcm span..boleh absorb segala bahan2 tak perlu dalam tubuh. Jadi mudah badan nak detox lemak-lemak dan toksik yang terkumpul tu.So, Fiber Plan ni memang banyak membantu dalam proses penghadaman dengan baik. 


Dengan Fiber Plan, bukan sekadar menyokong fungsi usus yang sihat malah menyokong kesihatan jantung anda juga. Ia adalah serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa. Sangat kaya dengan vitamin C dan sesuai dibancuh dengan jus buah-buahan atau minuman kegemaran anda...tapi...bukan dengan tea atau cafein yer..

 Kandungan setiap satu canister ni:
* Mengandungi satu campuran proprietari empat serat larut semulajadi
* Setiap hidangan mengandungi 4g serat larut air
* Dirumus dengan sekam benih psilium yang menyekat dan menyingkir kolesterol
* Mudah larut di dalam air dan kekal sebati
* Menggalakkan jantung yang sihat dan menyokong fungsi kesihatan kolon

Pastikan anda cuba dulu, baru tahu...

Halessa - Millionaire to be
017-3099334

Manfaat Utama Zinc Complex

Berikut saya petik dari info Shaklee: Berdasarkan penyelidikan awal yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota. 


kajian ke atas kanak-kanak yang diberi zinc sebanyak 20mg dalam 5 hari seminggu selama 10-12 minggu mempunyai daya ingatan yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding dengan mereka yang tidak menerima suplimen zinc. Suplimen ini telah dicampurkan ke dalam sajian mereka.



Mari kita lihat manfaat utama Zinc Complex ni:

  • Mengaktifkan 200 jenis enzim - Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan Protein seterusnya merangsang regenarasi sel.
  • Membentuk Kolagen - Membantu pembentukan protein dan kolagen utk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ
  • Memperbaiki Diabetes - Membantu pengeluaran insulin, seterusnya memperbaiki diabetes
  • Bintik Putih pada kuku - Jiak ada tanda tersebut pada kuku, bermakna tubuh kekurangan zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan kuku yang lambat, pembengkakkan prostat, anemeia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan
  • Mempertingkatkan Sistem imun - menetang kanser dan menghalang infeksi penyakit
  • mempercepatkan Pemulihan Luka - Cepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit. * Jika luka luaran, hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.
  • Memperbaiki masalah Prostat - Melindungi kesihatan prostat. * Kajian menunjukkan, pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/ pembengkakan prostat dalam kadar 70%
  • Kemampuan Seks Lelaki - Memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma
  • Ovulasi wanita - Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus mengembalikan daya ketahanannya
  • Memperbaiki Radang Kulit -  Pengambilan zinc sebanyak 2-4 tablet akan memperbaiki radang kulit  seperti jerawat
  • Mengkalkan Deria Bau - Bagi mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif (rasa dan bau)

Kadar dalam sebotol Zinc Complex:
  1. Satu tablet membekalkan 100% nilai harian bagi zinc
  2. Dirumus dengan zinc glikonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang
  3. Dengan rumusan sayur-sayuran

Jika anda perlukan konsultasi percuma, boleh hubungi saya.

Halessa - Millionaire to be
017-3099334

Khazanah Lelaki

Apa kabar pembaca blog saya yang budiman..terima kasih kerana masih setia menanti cerita dan info daripada saya..Pada petang yang damai ni, jom saya kongsikan sedikit info mengenai zinc dan lelaki.

Jika anda tahu apa itu sperma, tentu anda ingin tahu apa kaitan zinc dengan spermakan...betoi dak? Jika anda dah tahu tentang ni..tahniah! tapi pada anda yang baru nak tahu...sila teruskan pembacaan yer.

Zinc hadir dalam semua sel tubuh badan sebagai sbhgn drpd tindak balas enzim, di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Ia diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Apa yang amat mengujakan, zinc merupakan khazanah bagi lelaki kerana zinc di dalam prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.


Definisi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan rambut gugur.

Lihat...betapa pentingnya zinc kepada kaum lelaki. Di sini saya juga ingin kongsikan dengan anda sedikit info bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan bayi. Apa kata anda, mencuba suplimen 

Zinc Complex daripada Shaklee kerana ia dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa. Mengapa demikian...? Ini kerana bagi menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc juga sesuai untuk pengambilan jangka panjang kerana ia berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Halessa - Millionaire to be
SID: 884158
0173099334

Google+ Followers