Monday, 15 April 2013

Mineral ziNk

Wahhh...lame beno teman  tak hapdet blog ni..berhabuk-habuk dah..fuhh..buang habuk..bukan senang nak ngadap PC ni kalo anak dah beso sikit..dia jek la nak menang..dia jek la nak dok dpn PC..kalo tak mengalah mula la buat perangai. Menangis..menjerit-jerit..tu yang fed up tu..tapi sejak bulan Jan aritu sampai akhir MAc mmg giler sibuk..apa tak nyer...adik-adik kawen, sepupu kawen, anak sedara kawen, ex-staf kawen..sume tu memerlukan komitmen jugak. Harapnye mlm yang dingin ni dapat la teman kongsikan serba sedikit pasal mineral ZINK kepada anda.

Sebelum teman pot pet pot pet pasal mineral zink, teman rasa tentu kaum-kaum hawa ni bila sebut jek pasal MUTIARA semua tau kan..kan..kan..kalo anda yang gilakan aksesori badan..tentunya mutiara air masin menjadi pilihan anda. Dah la mahal, berkualiti tinggi, susah nak dapat pulak tu.. ;0

Ye..teman sedar betapa indahnya mutira tu tp jangan dilupakan dari mana datangnya mutiara tu..anda kenal TIRAM? Tiram tu merupakan hidupan laut yang buruk namun itu adalah anugerah Allah yang begitu berharga kerana di dalamnya terhasillah mutiara. Seperti yang teman cakap tadi, mutiara yang terhasil secara semulajadi adalah sukar ditemui walaupun terdapat ribuan tiram di dasar laut namun hanya satu daripada ribuan tiram akan berkembang menjadi mutiara.

Selain mampu menghasilkan mutiara ia juga kaya dengan mineral ZINK. Zink merupakan mineral penting bagi tubuh  kerana ia merupakan unsur inorganik yang tidak dapat dihasilkan dari zat gizi lain. Namun bukan tiram sahaja yang mempunyai mineral zink tetapi terdapat juga dalam makanan seperti biji-bijian, kekacang, makanan laut, gandum dan produk susu. 

Lebih 300 enzim dalam tubuh bergantung pada zink. Tanpa zink, ratusan enzim dalam tubuh tidak dapat berfungsi.  Zink juga diperlukan oleh berbagai organ tubuh seperti kulit dan mukosa saluran cerna. Zink juga mempunyai antioksidan oleh itu sekiranya anda mengambil suplimen zink, seeloknya diambil bersama dengan vitamin C kerana zink membantu penyerapan vitamin C ke dalam tubuh. 

Janganlah kita memandang enteng pada mineral zink kerana ia membantu pertumbuhan manusia dan meningkatkan imunisasi kita. Zink membantu sistem imun dalam penyembuhan luka, memelihara fungsi deria bau serta diperlukan dalam sintesis DNA. Selama kehamilan juga zink memainkan peranan dalam membantu pertumbuhan normal kandungan sehingga dewasa. Hebatnya zink kerana ia membantu tubuh meningkatkan kemampuan mencegah peradangan dan jangkitan. Dengannya juga ia membantu tubuh menghasilkan sel darah putih yang menjadi "frontliner" dari berbagai virus, kuman dan bakteria. Kandungan zink dalam sperma dan kelenjar prostat lebih tinggi daripada jaringan tubuh lain.

Jika anda perhati pada tubuh badan anda dan mengalami masalah seperti berikut bermakna tubuh anda memerlukan mineral zink. Gejala kekurangan zink menyebabkan pertumbuhan terbantut, keguguran rambut, kelumumur, jerawat, penundaan kematangan seksual (hipogonadism), ruam-ruam pada mata dan kulit, kehilangan selera makan, penurunan berat badan, luka lambat sembuh dan kelesuan mental.

Secara umumnya tubuh kita memerlukan semua jenis makanan..baik makanan masin, makanan manis, pahit, kelat, masam dan sebagainya. Namun kita perlu tahu kuantiti hidangan yang diperlukan bagi memenuhi piramid makanan agar tubuh kita menjadi sihat...Oleh itu, pilih makanan sihat bukan makanan sedap yer..Sekian sahaja entri saya pada malam ni..


"Health Times Confident"
         Puteri Salju

Google+ Followers