Wednesday, 1 May 2013

Detoks HATI bersama DTX Complex

Jika kita nak hidup tenang, kene la jaga hati....hati orang, hati sendiri...yang penting hati kita mesti bersih. Secara mendalamnya, kita ni kenelah jauhkan perasaan untuk berhasad dengki, sentiasa jek sangka yang baik-baik pasal orang sebab bila kita dok kata buruk orang sebenarnya kita tak sedar yang buruk kita tu lagik banyak. Hihihi..bertazkirah pulak kali ni.

Sebenarnya hari ni saya nak kongsikan tentang fungsi hati sebab amalan dan gaya hidup masa kini yang kurang sihat banyak memberi impak negatif pada kesihatan hati. Tanpa disedari kebanyakan individu tidak menyedari yang mereka telah mengalami masalah hati kecuali jika telah disahkan oleh doktor atau mengalami simptom-simptom seperti berikut: 
  • Jaundis (mata kekuningan)
  • Muntah-muntah
  • Kencing yang agak berwarna gelap
  • Najis berwarna terang
  • Varicose Veins
  • Otot sakit dan pedih
  • Berasa sakit di bahagian abdomen (di bahagian kanan atas perut)
  • Lesu atau terlalu penat
  • Kehilangan berat badan yang luar biasa

Sekiranya anda perasan ada simptom sedemikian, lebih baik anda berjumpa dengan doktor untuk kepastian. Namun anda juga mempunyai pilihan untuk mengamalkan kesihatan hati dengan pengambilan suplimen DTX complex. Kandungan utamanya adalah ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed) mampu menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati. 

Selain itu, ia turut digabungkan secara unik dan sainstifik melalui kandungan formulasi yang dipaten termasuklah articok yang membina semula sel-sel hati dan merangsang pengaliran hempedu. Dandelion adalah untuk merendahkan kadar gula dalam darah, membantu penghadaman, meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi dan melawan kanser. Kunyit (turmeric) adalah bahan anti-oksida dan meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan. Ling zhi (Reishi mushrooms) membina imun, bantu cegah penyakit jantung dan merawat sindrom keletihan yang kronik. Ekstrak bijih benih Schizandra mengandungi bahan anti-oksida, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi dan memperlahankan pembentukan toksin.


Secara tidak sedar, kita patut bersyukur kepada Ilahi kerana dengan adanya hati sebesar bola ragbi dengan berat antara 1.25-1.5kg mampu memainkan peranan dengan fungsi yang tersendiri iaitu sebagai:

Rembesan Hempedu
  • Hempedu perlu untuk pencernaan lemak. Ia juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F dan K serta membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kpd vitamin A.

Sebagai Detoksifikasi
  • Hati mengawal metabolism protin. Metabolism protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.

Mengawal paras gula dalam darah
  • Hati mewujudkan GTF (faktor tolenrasi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

Penting dalam metabolisma lemak
  • Makanan yang berlebihan akan ditukar kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Betapa besarnya fungsi hati dalam tubuh kita kannn...? Percayakah anda bahawa hati mampu membaiki organnya sendiri? Oleh itu, hati dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan membina semula sel-sel hati. Namun kita sebagai manusia perlu juga menjaga kesihatan hati walaupun hati mampu merawat organnya sendiri. Jika hati kita rosak, apa pun tak boleh..oleh itu, mencegah lebih baik daripada merawat..yer tak?


Puan Halessa (elis)
Shaklee Independent Distributor
ID No: 884158
0111-2843462::hihitrackcare@gmail.com

Google+ Followers