Sunday, 13 January 2013

Vitamin E dan anda...


Kebanyakkan daripada kita amat menggilai vitamin E kerana kehebatannya..ada peminat vitamin E yang menggunakannya sebagai masker dan ada juga yang telan seperti biasa. Namun, adakah kita mengambil tahu tentang pengambilan yang disyorkan untuk tubuh kita dalam sehari?

Vitamin E (Alpha-Tocopherols) adalah suatu antioksida yang melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oleh radikal bebas. Sepatutnya vitamin E lengkap harus mengandungi kesemua lapan komponen dalam dua kelas utama; i)Tocopherols dan ii) Tocotrinols..ianya bersifat larut lemak yang disimpan di dalam organ seperti hati, jantung, darah, otot, testis, uterus dan kelenjar pituitari. Vitamin E juga tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita tetapi kita boleh mendapatkannya melalui sumber makanan harian seperti buahan, sayuran dan biji-bijian. Ianya mudah rosak oleh pemanasan yang tinggi (memasak) dan penyimpanan. Seterusnya, ia dikira menggunakan IU (International Units); 1 IU=1 mg...malah IU juga dikira berdasarkan Alpha Tocopherols. Jumlah yang disyorkan untuk vitamin E bagi orang dewasa adalah 400 - 800 IU per hari tetapi saranan bagi keperluan tersebut cukup sekadar 100 - 200 IU per hari. Sebenarnya kita hanya memerlukan vitamin E dalam jumlah yang sedikit iaitu hanya 14 mg untuk lelaki dewasa dan 12 mg untuk wanita dewasa. Namun jumlah pengambilan sedikit meningkat bagi golongan ibu hamil dan menyusukan bayinya...begitu juga kepada perokok tegar, orang yang stress, sakit jantung dan mereka yang kekurangan imun..
kredit:: wikipedia

@ Gejala kurangnya vitamin E @

Sekiranya tubuh kita kekurangan vitamin E bagi tempoh masa yang lama ia akan menyebabkab gangguan pada sistem saraf dan otot. Jika kadar vitamin E yang diperlukankan adalah rendah maka sel darah merah akan rosak dan terbelah...proses ini disebut hemolisis eritrodit. Kekurangannya juga boleh mengakibatkan kerosakan saraf di tulang belakang dan juga di retina mata.

~ Antioksidan dan Radikal Bebas ~

Radikal bebas adalah hasil oksidasi molekul dalam tubuh. Apabila reproduksi melebihi batas, radikal bebas dapat menyerang sel-sel tubuh sehingga mengubah fungsi sel dan memicu kepada proses penuaan sebelum waktu. Vitamin E mempunyai zat antioksidan yang berfungsi menghentikan aktiviti radikal bebas dan melindungi sel-sel yang sihat daripada kerosakan namun ianya amat rapuh sekali. Dengan mendapatkan vitamin E (antioksidan) ia dapat membantu memerangi KANSER dan penyakit KARDIOVASKULAR di samping itu dapat membantu menyihatkan sistem kekebalan tubuh (imun) serta proses pembaikan DNA. Ia sekaligus berperanan dalam menjaga dan meningkatkan kekenyalan kulit, mencegah proses penuaan, melindungi kulit drpd kerosakan akibat radiasi sinaran uv serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

kredit:: kevinmurasaki.wordpress.com

:: Kehebatan Vitamin E ::

  • Vitamin E amat dikenali dalam mencegah penyakit jantung dengan menurunkan kadar kolesterol (LDL=Low Density Lipoprotein) dalam darah
  • Mencegah keguguran bagi wanita hamil
  • Mengurangkan tekanan kepada wanita menopous
  • Memaksimumkan fungsi otot
  • Pelindung kepada diabetes
  • Mengurangkan gejala 'kaki krem' dan rhemotoid arthritis
  • Melindungi tubuh daripada ketumbuhan
  • Mencegah penyempitan darah dalam pembuluh darah
Sekarang bagaimana...? Jika anda masih tercari-cari vitamin E yang terbaik untuk tubuh anda..pastikan anda dapatkan vitamin yang Selamat, Berkesan dan Mesra Alam..dan yang penting ia adalah keluaran Shaklee..baca lanjut untuk vitamin E Complex.


"Health Times Confident"
          Puteri Salju

Google+ Followers