Sunday, 13 January 2013

tHe MOSt pOwerful VITamin E Complex ~(^_^)~

Saya kembali lagi untuk kongsi info sihat dengan anda...pengumuman..pengumuman..pengumuman..dah mcm lagu lak..adakah anda tahu apa itu VITAMIN E, ALPHA TOCOPHEROL, SELENIUM dan EKSTRAK BIJI ANGGUR??? Saya yakin anda mesti nak tahu apa mende yang saya dok sebut-sebut tu..bila anda dah tahu..saya pasti anda ingin mencuba Vitamin E Complex yang baru dengan peningkatan formula daripada Shaklee...!!!
Okies..sebelum saya citer lebih lanjut berkenaan vitamin E ni..jom saya terangkan sedikit-sebanyak info mengenai apa itu alpha tocopherol, selenium dan ekstrak biji anggur..supaya anda faham kepentingan dan kelebihan bahan tersebut untuk tubuh anda. Asasnya, bahan-bahan yang saya sebut tue perlu ada (rujuk label pada botol) sebelum anda membeli vitamin E dan itulah sebenarnya garis panduan untuk anda dalam menilai yang betul-betul berkualiti.


Alpha Tocopherol :: Ianya larut dalam lemak dan bersifat anti oksidan. 


Selenium :: Dalam bahasa Latin = Saa-lee-nee-am. Ianya adalah unsur kimia dengan no 34 dan menggunakan simbol [SE]. Ia merupakan mineral yang penting untuk kesihatan tetapi diperlukan dalam jumlah yang kecil. Jumlah yang diperlukan oleh tubuh kita adalah sedikit tetapi peranan selenium adalah besar untuk sistem tubuh kita. Dari sudut sains, SE adalah mineral dalam kelompok zat gizi mikro yang mana ia mampu memberi jutaan manfaat kepada kita. Selenium berfungsi menyuburkan organ reduksi lelaki, menjaga kesihatan otak, memelihara kekebalan tubuh (imun) dan fungsi kelenjar tiriod serta memperbaiki mood, mencegah penyakit jantung dan kanser. Keperluan selenium untuk orang dewasa (25 - 50 thn) adalah lebih kurang 60 mcg (micro gram) sehari, bagi ibu menyusu memerlukan sehingga 70 mcg sehari. Gabungan selenium bersama vitamin E dapat berfungsi sebagai antioksidan dan melambatkan penuaan.

Ekstrak Biji Anggur :: Menguatkan sistem imun dan memusnahkan radikal bebas yang berbahaya kerana ekstrak minyak biji anggur adalah 20x lebih kuat daripada vitamin C, merangsang pembentukan jaringan kolagen untuk menggantikan kulit tua atau rosak dan menggiatkan keremajaan sel-sel serta meningkatkan kekenyalan kulit kerana ekstrak minyak biji anggur adalah 50x ganda lebih baik daripada vitamin E, mampu melambatkan penuaan, ia juga menjaga tahap kesuburan lelaki dan membantu mengatasi keradangan prostat,    mencegah penyempitan pembuluh darah justeru menghalang pembentukan darah beku dan mengurangkan paras kolesterol.

Saya harap anda dapat "catch up" maksud di atas supaya anda lebih mudah memahami apa itu vitamin E Shaklee yang akan saya kongsikan khas untuk anda...

Ternyata apa yang saya pilih adalah yang terbaik untuk tubuh saya kerana Shaklee berbeza dengan menghasilkan vitamin E yang diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheril, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama dan delta). Ianya paling lengkap di pasaran. Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Merupakan penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan serta melindungi retina. Peningkatan formula dengan menambah ekstrak biji anggur bagi meningkatkan lagi kualiti vitamin E.

kredit::Shaklee

Berminat..? Anda pasti tertarik, terpikat dan terpegun dengan Vitamin E Complex daripada Shaklee..cabarlah diri anda untuk kelihatan muda, anjal dan sihat!! Dapatkan daripada saya pengedar sah Shaklee..

Pn Halessa (elis)
Shaklee Idependent Distributor
ID no: 884158
0111-2843462 :: hihitrackcare@gmail.com

Google+ Followers