Saturday, 5 January 2013

:: Kepentingan N U T R I S I ::

Salam 1 malaysia buat pembaca budiman, bagaimana kesihatan anda pada hari ini...? saya Alhamdulillah..nie baru lepas makan nasi pilaf. buat sendiri tue..anda tahu apa ramuan yang perlu ada dalam nasi pilaf tu..?

meh saya syer sikit resepi nasi tu..
bahan2nya: perlu ada beras la..kalo tak cemana nak jadik kannn..pastu bawang besar, halia, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, garam, gula, air dan marjerin..

kendian tu, anda tumis dulu bawang besar dan halia sampai naik harum..masa tumis ni guna merjerin tau bkn minyak..Dah naik bau tu campak lak kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih dalam kuali korang..agak2 aromanya dah sebati ngan bawang dan halia..terus masukkan sedikit garam dan gula..sesedap rasa la..pepandai la korang rasa masa tu..dah tumis sume bahan tu beberapa minit, tutup api..okies, masa untuk bersihkan beras dan sukat air mcm biasa masak, last sekali baru masukkan bahan yang kita tumis tadi tu..kalo yang guna rice cooker tu..just masak nasi mcm biasa dan masukkan bahan tumis dlm rice cooker tu..jgn lupa gaul2kan/kacau bahan tumis ngn beras tu ek bagi serata..dah tu..switch on letrik rice cooker tu dan tunggu masak..siap untuk dihidang...

Amacam..?dah salin resepi nasi pilaf tu..sebenarnya bukan saya nak cerita banyak2 pasal masak-memasak ni..tp nak anda tahu adakah nutrien yang kita ambil pada setiap hari mencukupi dan betul2 berkhasiat untuk kita..satu soalan saya nak anda jawab sendiri..adakah anda pernah merujuk pakar nutrisi atau doktor sebelum mengamalkan apa-apa diet sebagai panduan anda..Ini kerana pengambilan nutrisi yang sihat dan seimbang adalah perkara yang paling penting bagi mengekalkan tahap kesihatan anda. Seperti juga kereta yang berfungsi dengan adanya petrol, manakala badan kita memerlukan "nutritional fuel" yang sesuai agar sistem tubuh dapat berfungsi secara optimum. Secara umumnya, pemakanan seimbang adalah penting kepada kita dan pengambilan kalori perlulah mengikut spesifikasi berikut:

Berikut adalah nutrien yang diperlukan oleh badan kita untuk menjana tenaga bagi melakukan aktiviti harian:

Karbohidrat 
Sangat penting untuk tubuh kerana ia membekalkan
GLUKOSA bagi menjana TENAGA. Apabila 
kekurangannya, tubuh akan berasa letih
Protein
Ianya penting untuk proses pertumbuhan dan
perkembangan, membantu membaiki tisu dan 
digunakan sebagai sumber tenaga
Vitamin dan
Mineral
Ianya bukan sumber tenaga tetapi mempunyai 
kepentingan lain. Contohnya, vitamin E dan asid 
lemak omega 3 yang diperlukan untuk kesihatan
jantung dan perkembangan otak
Air
Ianya penting sebagai pelincir dalam badan kerana
60% dalam badan kita adalah air

Kekurangan khasiat mungkin menjurus kepada simptom-simptom perut berangin, sakit perut, kembung perut, kelesuan dan lain2.. Simptom-simptom ini mampu menjejaskan kesejahteraan emosi, kerjaya serta kehidupan seharian. Kekurangan khasiat berterusan akan mengakibatkan arthritis (masalah sendi), masalah kulit dan rambut, alergi, barah, penuaan sebelum masa, masalah jantung, diabetes serta penyakit-penyakit lain yang bertandang.

Pada masa kini, sedarkah anda bahawa kita perlu mengambil multivitamin dan multimineral pada setiap hari kerana gaya hidup yang kurang aktif, stress yang berlarutan, masa makan yang tidak teratur serta melebihkan makanan segera. Dengan vitamin, ia dapat membantu sistem enzim dan mekanisme hormon yang penting bagi sel tubuh  kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel. Mineral pula, ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.

Akhir kata..semakin maju sesebuah negara, semakin merosot tahap kesihatan kita seiring dengan pertumbuhan restoran makanan segera. Jika kita masih sambil lewa dengan makanan yang kita ambil tanpa mengendahkan khasiat dan nutrien di dalamnya..maka, jangan heran sangat la kalo kita dijengah oleh pelbagai penyakit sebelum usia. Oleh itu, renung-renungkanlah harga sebuah kesihatan berbanding dengan kekayaan yang anda miliki. 


"Health Times Confident"
     Puteri Salju   

Google+ Followers