Sunday, 6 January 2013

<< Identiti melalui r A M b U T >>

"Rambut..bermacam rambut..
 Ada rambut hitam, rambut merah
 Rambut panjang, rambut pendek
Asalkan jangan rambut rosak,
Rambut busuk, kelumumur,
 la..la..la..la..la..la.."

huhuhu..cuba anda nyanyi lirik kat atas tu mcm lagu "ayam" dari Jalil Hamid..so entry saya pada hari ni, nak berceloteh sikit pasal rambut...



Ramai orang mengatakan rambut sebagai mahkota setiap wanita. Jika mahkota yang dimiliki mengalami masalah ia merupakan perkara yang perlu ditangani segera. Tak kiralah samada yang bertudung mahu pun tidak...yang pasti, rambut amatlah penting bagi setiap wanita dan perlulah dijaga sebaiknya. Sebelum saya terus pot pet pot pet pasal rambut...mari kita kenali dulu identiti kita melalui rambut:

Rambut PANJANG
Pemilik rambut ni menampilkan rambut seksi, tetapi kelihatan ayu, muda dan sihat.
Rambut PENDEK
Sang pemilik adalah seorang yang berkeyakinan diri dan tidak begitu peduli tentang kritikan orang terhadapnya. Ia juga melambangkan orang itu berpewatakan tulus dan suka berterus-terang.
Rambut LURUS
Si rambut lurus adalah orang yang berpewatakan jujur dan boleh dipercayai. Pemilik rambut ini juga mempunyai sifat semulajadi seorang wanita.
Rambut KERINTING 
Dikatakan seorang yang feminin dan lemah lembut tetapi awas..dia juga seorang yang tegas dalam segala hal.

Hamboiii makkk...jangan la suka sangat yer...dah macam tukang tilik lak saya ni..info dalam table kat atas tu saya sedut ckit dari RAPI tp dah olah ckit la...kui..kui..kui..

Okies la..seterusnya saya nak kongsi lagik pasal masalah dan kesihatan rambut. Tentu anda biasa dengar tentang masalah kelumumur, keguguran rambut, rambut beruban dan masalah genetik rambut putih. Di sini, saya akan terangkan sedikit sebab berlaku perkara-perkara tersebut dan cara atasinya..

Masalah: Kelumumur Kehadiran kelumumur sememangnya membuatkan rambut anda kelihatan kotor sekaligus menyebabkan keguguran. Oleh itu, anda harus mencari penyelesaian terhadap kelumumur dimahkota anda.
Penyebab
Kelumumur terjadi akibat pertumbuhan mikroorganisme pada kulit kepala yang disebabkan oleh zat kima yang tertinggal ketika anda menggunakan syampu atau minyak rambut. Mikroorganisme semakin subur akibat kulit kepala yang terlalu berminyak.
Cara Atasi* Jangan biarkan kulit kepala terlalu berminyak dan bilaslah rambut dengan betul sehingga bersih
* Anda perlu meminum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari..(bukan air manis tau)!! dan makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran
* Jika anda lebih prihatin terhadap kesihatan kulit kepala anda, amalkan pengambilan suplimen yang berkualiti. Saya mencadangkan anda mencuba suplimen zinc complex dan Lecithin daripada Shaklee.
                                                        ::Info::
Zinc - Metabolisme protien bergantung pada zinc, kulit kepala dibina daripada protein.
Lecithin - Melindungi dan menguatkan kulit kepala dan sel membran kulit kepala.


Masalah:
Rambut Gugur 
Biasakah anda mengira helaian rambut yang gugur pada setiap hari? Tak perlu terkejut jika jumlah helaian rambut yang gugur pada setiap hari adalah kurang daripada 100 helai kerana ia adalah normal. Apa yang perlu anda risaukan apabila helaian rambut gugur mencecah lebih daripada 100 helai sehari.
Cara Atasi
Jika anda menghadapi rambut gugur tidak normal (>100 helai sehari) menandakan anda kekurangan zat tertentu yang menyebabkan rambut anda mudah gugur. Bagi ibu yang baru bersalin atau yang menyusukan bayi, masalah rambut gugur adalah perkara biasa bagi wanita.
* Oleh itu, anda perlu mencari makanan yang mengandungi zat biotin yang dapat merangsang pertumbuhan rambut. Zat biotin ada di dalam pisang, hati, bijirin, ikan salmon dan produk berasaskan kacang soya.
* Anda juga boleh mencuba "hair laser" yang berfungsi meningkatkan peredaran darah dan oksigen ke akar rambut dan menguatkan batang rambut.
* Selain itu, anda juga bole mengambil suplimen Energizing Soy Protein (ESP), Vitamin E, GLA Complex dan Zinc daripada Shaklee.
                                                         ::Info:: 
Energizing Soy Protein (ESP) - Merangsang pertumbuhan rambut
Vitamin E - meningkatkan penyerapan oksigen dan peredaran darah
GLA Complex - Bagi wanita : mengimbangi hormon
Zinc - Mengukuhkan akar rambut


Masalah: Rambut
Putih 
Faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan rambut putih sebelum usia..atau lebih glamer dengan rambut uban. Tradisinya, jika rambut beruban menandakan seseorang telah lanjut usia namun bagi uban yang muncul pada usia muda adalah rambut bermasalah 

Penyebab
Rambut putih terjadi akibat daripada rambut yang telah mati. Ketika anda stress, rambut akan akan mengeluarkan hormon yang mengambil vitamin B12 yang ada pada tubuh sehingga menggangu produksi pigmen rambut dan menyebabkan rambut memutih.
Cara Atasi
* Disarankan anda mengambil makanan yang mengandungi vitamin B yang mana ia mampu mencegah pertumbuhan uban. Anda boleh makan telur, susu dan daging merah. Daging merah seperti lembu dan kambing..(ayam dan ikan adalah kategori daging putih). daging merah mempunyai kepekatan myoglobin yang tinggi dan ia tinggi kandungan zinc, riboflavin, niacin, thiamin, vitamin B6, B12 dan iron.
* Anda juga boleh mengamalkan pengambilan suplimen B Complex daripada Shaklee kerana ia mempunyai sistem penyerapan Bioaktif yang mempunyai kandungan asid folik yang unik dan membolehkan zat makanan lebih mudah diserap.
* Jika anda ingin mencuba cara lain, apa kata anda ambil suntikan melanin untuk membuatkan rambut tidak menjadi putih. Melanin disebut pigmen, ia merupakan zat yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asalnya.Melanin juga mampu memberikan perlindungan terhadap sinar uv.        

Saya harap sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah berkaitan rambut. Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee bagi kesihatan berpanjangan..jangan malu-malu, bole hubungi saya untuk order dan dapatkan konsultasi percuma bila anda mahukan Shaklee!!!

"Health Times Confident"
         Puteri Salju

Google+ Followers