Monday, 31 December 2012

P . R . O . T . E . I . N

Salam penghujung 2012 kawan2..hurmmm...mcmner dgn azam dan iltizam anda sume pd thn 2012? Adakah sume wish list anda tercapai. Bagi yang masih teragak2 untuk dare to dream, jgn jadikan hidup satu penyesalan tp apa kata anda cuba sebelum lihat hasilnya.. Wahhh..bersemangat saya nak ajak anda cabar diri untuk tahun 2013!Mari kita sama2 target untuk capai wish list tahun 2013 kerana kita perlu PERCAYA dgn KEBOLEHAN diri kita sdri.

okey la..sebelum kita nak hadap sesuatu..kita kene tengak juga kesihatan diri ni. Kang azam jek lebih tp asik tak sihat jek so cemana nak cabar diri, yer tak? jadi, adakah anda tau apa itu PROTEIN? Cuba tanya diri anda, adakah protein yang anda ambil tu benar2 berKUALITI? Oleh itu, anda mmg perlu memahami "APA ITU PROTEIN" kerana rata2 makanan di Malaysia ni amat rendah kandungan proteinnya terutama makanan yang sudah diproses.

Dengan bahasa mudah, PROTEIN dikenali sebagai ASID AMINO. Setiap protein adalah berbeza dan ia terdiri drpd komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Antara yang paling mudah untuk kita dapatkan protein drpd makanan adalah seperti TELUR, SUSU, whey PROTEIN dan produk yang berasaskan KACANG SOYA.Protein diperlukan tubuh dlm menjalankan proses pertumbuhan dan perkembangan, menggantikan sel2 kulit mati, memperbaiki otot, etc.


MARI KENALI CIRI-CIRI ORANG YANG KEKURANGAN PROTEIN 

* Sering menguap di pagi hari
* Kembali lapar walaupun baru sejam yang lepas makan
* Rasa mengantuk waktu tengahari
* Badan letih, lesu dan kurang bertenaga
* Rambut gugur secara tak normal (melebihi 100 helaian rambut sehari)
* Mudah mendapat kudis dan meninggalkan bekas
* Kulit kusam
* Jerawat yang meninggalkan bekas/ parut


GEJALA KEKURANGAN PROTEIN 

* Luka lambat sembuh
* Badan cepat menggeletar
* Kolesterol tinggi
* Mudah terkena jangkitan
* Menghidap tekanan darah rendah
* Anemia
* Sakit buah pinggang

Itulah sedikit sebanyak info yang dapat saya kongsikan dengan anda. Jika anda inginkan kesihatan yang lebih baik, pastikan anda tahu tahap protein yang anda perlukan. Harapan saya agar anda ceria menghadapi hari2 yang mendatang dan jika anda ingin tahu lebih lanjut bagaimana untuk dapatkan PROTEIN dgn kualiti soya yang terbaik saya sarankan anda dapatkan ESP (Energizing Soy Protein) drp Shaklee. 

 "Health Times Confident"
         Puteri Salju

Google+ Followers