Sunday, 30 September 2012

Air dan Berat badan

AIR turunkan BERAT BADAN
Air juga sebenarnya membantu mengurangkan berat badan. Untuk tujuan ini, minumlah dua liter air kosong setiap hari. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Jika anda tidak minum air yang cukup, badan anda tidak akan dapat membakar kalori dengan baik. Dengan itu, proses penurunan berat badan lambat berlaku. 'The British Dietetic Association' menyarankan orang dewasa agar minum 2.5 liter air setiap hari termasuk jus buah-buahan, teh dan kopi. Jumlah ini disarankan untuk menjaga cecair yang diperlukan oleh tubuh badan. Jika anda sedang menjalani program diet, tambah air kosong sebanyak 750ml lagi.

Kredit:Rapi okt2012

Google+ Followers