Saturday, 29 September 2012

Benarkah vitamin A dan antioksida perlu untuk kesihatan mata?

Vitamin A

Makanan tambahan seperti vitamin dan mineral adalah sangat penting untuk memastikan mata sentiasa sihat terutamanya bagi mengelakkan masalah degenarasi atau kemerosotan makular berkaitan umur (AMD) dan katarak.


kekurangan vitamin A akan menyebabkan kerosakan pada konjuntiva (membran mukus lembut yang menutupi bahagian depan dan dalam kelopak mata) dan kornea yang dipanggil xerophathalmia yang biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan boleh membawa kepada kebutaan kepada penduduk negara yang membangun. Masalah ini boleh dicegah dengan pengambilan sayur-sayuran, lemak daripada sumber haiwan dan tumbuhan serta protein.Vitamin A juga diperlukan untuk kesihatan epitelium (lapisan sel luar), kornea dan konjuntiva.


Antioksida
Antioksida mempunyai hubung kait rapat dengan kesihatan mata. Vitamin yang mengandungi antioksida ialah vitamin A, C dan E. Ia membantu mengekalkan kesihatan mata. Karotenoid dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin yang membantu mempertahankan kesihatan mata terutama retina. Kedua-dua bahan(lutein dan zeaxanthin)boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A, C dan E.

Antioksida juga mampu mencegah kanser yang disebabkan aktiviti radikal bebas dalam badan yang tinggi. Kesan radikal bebas ini boleh menyebabkan kanser, penyakit kronik dan penuaan. Sumber dan cara pemakanan, gaya hidup dan keadaan persekitaran juga merupakan kesan daripada radikal bebas yang sentiasa berlegar di sekeliling kita.Bagi anda yang mementingkan kesihatan, apa kata anda rasai sendiri perbezaan apabila mengambil CaratoMax Shaklee yang pastinya memberi anda perlindungan antioksida yang berasaskan alam semulajadi.



"Health Times Confident"
    Puteri Salju
    ID No:884158

Google+ Followers