Saturday, 8 September 2012

Air Jangan Ditinggalkan

Air membantu mencuci sistem tubuh, mengeluarkan sisa yang tidak berguna dan juga toksin dari tubuh kita. Jika anda tidak meminum air dengan jumlah yang ditetapkan, badan akan menjadi mudah lesu dan mengalami dehidrasi.  

Apabila tubuh dehidrasi anda akan sering kelihatan letih, tidak bertenaga dan mudah sakit kepala. Apa kata sekiranya anda mengambil jus buah-buahan dan susu segar selain air masak untuk memberi tenaga kepada tubuh kerana orang sering menyalah anggap yang rasa dahaga itu sebagai lapar..tetapi pastikan anda mengelakkan minuman bergula ya!!!


Sebab Untuk Anda Perlu Minum AIR 

  • Amalan meminum air kosong sangat baik kerana air digunakan oleh badan untuk membawa keluar segala kotoran dan toksin di dalam badan anda
  • Dalam sehari badan memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air kosong
  • Dengan meminum banyak air kosong dapat menyembuhkan penyakit berkaitan ginjal kerana ia tidak mengandungi kalori, gula atau lemak
  • Air baik untuk sendi kerana ia menjadi bahan pelincir kepada pergerakan sendi
  • Air diperlukan tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung akan berfungsi secara berkesan.

Waktu Yang Betul Untuk Minum Air

  • Lepas Bangun Tidur (Pagi Hari)

    Sebelum tidur malam, pastikan anda letak sebotol air kosong      sebelah katil supaya bila bangun tidur anda akan terus capai botol air tersebut dan minum. Anda tidak perlu ke tandas utk bersihkan mulut atau berus gigi dulu tetapi sebaiknya terus teguk air kosong yang ada di tepi katil tu. Anda disarankan untuk tidak makan dan minum selepas gosok gigi dalam tempoh 45 minint supaya kesihatan anda terjamin. 

  • 30 minit sebelum makan
    Pasti anda sentiasa set waktu makan anda kan? Tidak kira la
    waktu makan tengahari ke, malam ke..yang pasti anda nak juga
    makan. Cuma 30 min sebelum anda nak makan tu, pastikan anda
    minum 350ml air sebab ia mampu mengurangkan rasa lapar

  • Minum Sepanjang Hari
    Anda tahu ke pasal berat badan perlu seimbang dengan jumlah
    air yang kita minum sehari. Bagi setiap 25kg berat, anda 
    perlu minum 1 liter air. Bayangkan jika berat anda 90kg, 
    jadi berapa liter air sehari anda perlu minum? Dengan meminum
    sekurang-kurangnya 240ml setiap kali minum mampu membakar 
    kalori berlebihan dalam badan anda.


Mari Ikut TEKNIK Saya Minum Air Kosong

 Saya ni sebenarnya tidak gemar minum air..tak kira la air 
kosong ke, air manis ke, air sedap ke..sebab saya pun jarang makan..tapi sejak ada anak ni, menyusu badan pulak tu..maka nak tak nak..saya tetap kene banyak minum sebab cepat haus pastu kene paksa makan sebab perut asik lapar jer. Kalau tak, bila gastrik menyerang, sendiri tanggung la..jadi bila nak susukan anak pun tak mampu sebab menahan sakit.

  Sekarang ni saya dah mula amalkan meminum air kosong 2 liter sehari tapi minum sikit-sikit la..bukan sekali harung..tapi bila dah minum banyak air kene kerap ke tandas la pulak..itu bermakna petanda yang bagus untuk tubuh ni.

  •   Bangun tidur (pagi), saya minum  
      beberapa sedut air kosong
      dalam botol yang dah sedia kat tepi katil tu.
  •   Setiap 30 minit saya minum secawan air jek. 
  •   Lepas buang air kecil, saya minum 2 cawan air
  •   Ketika dan selepas menyusukan anak, saya mesti minum 500ml 
      air kosong dalam botol tapi guna straw sebab tak rasa 

      banyak sangat air yang diminum tu
  •   Sebelum tidur saya minum lagi secawan air dan bila terjaga 
      minum air lagi sebab memang haus sangat

Sedarkah anda bahawa badan akan kehilangan air melalui proses berikut:

Bernafas            [segelas air = 14%]
Melalui Najis       [setengah gelas air = 2%]
Melalui Air Kencing [5 1/2 gelas air = 50%]
Melalui Peluh       [2 gelas air = 34%]

Kredit:Harian Metro

Sekiranya anda cepat dehidrasi, apa kata anda cuba mengamalkan pengambilan Performance Drink Shaklee kerana ia berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga kepada tubuh anda.

Apa tunggu lagi..sila hubungi saya untuk info dan order.

Puan Halessa [Elis]
Shaklee Independent Distributor
[ID No : 884158
0111-2843462::hihitrackcare@gmail.com

Google+ Followers